Tuesday, June 26, 2007

satu kurnia...

Terlukis hakikat insani Dari cinta lautan jiwa Satu pengzahiran rasa jelas di mata Satu lakunan di pentas dunia Ini kisah yang tidak berbingkai Dan bahasa yang ternilai Kita renangi bersama lautan nikmat Sampai ke pulau segala keramat Ayuhlah kita pulang Dendangkan lagu kasih sayang Hilangkan keraguan terangkan kegelapan Apa yang ada di langit dan bumi Adalah satu curahan cinta kita tak terperi Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan Menjamah kebahagian Dan berterima kasih atas kurnia Yang tak terhingga.......

Genap setahun Firas Syafi...



Muhammad Firas Syafi,

Hari ini 25 June 2007....genap setahun umur Firas....buah hati mama.......setahun juga lah...kasih sayang yg mama curahkan.... insyaallah doakan mama moga dapat meneruskan kasih sayang ini sampai bila bila....moga cepat besar....jadi anak yg soleh....cerdik sptmana maksudnya 'Firas' dan sentiasa membahagiakan.....
Happy birthday, Firas! Believe it or not, your first year is over. The boot camp of babyhood is behind you. Hold on for the toddler years!
WE ARE ALWAYS LOVE YOU...

~from mama, ayah, & abglong farhan..

Monday, June 18, 2007

my day....


assalamualaikum....

today noon.., i gonna go to fetch my beloved hb...he just finished a week training at beaverton, oregon...huh..... seminggu kurasakan...lamanye nk berlalu....tapi penantian ni akn terubat seketika cuma...sbb ptg ni plak...dia kena berangkat ke s'pore for another exhibition i guess, again...for a week we're gonna miss him......xpe laa inila dinamakan pengorbanan kan....we r always support u for whatever u did...bcoz we know everything u did, u do it for me....hope u success forever...

Wednesday, June 6, 2007

Pernikahan / Perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ..

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ....
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya..
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

our first tour to new home..















Aksi aksi yang sempat dirakam masa melawat umah baru....hehe....budak2 la yg paling suka sekali....mak budak pun iye...:P ....























.....teka sapa tangkap gambo ni....farhan si'cameraman'..dia kalau dah pegang camera tuh....abih sume nak di snap nyer....kena gaya lak tuh...center jer dia tangkap..amacam...boleh la lps ni harap kat dia je laa....

Shichida Methods...

Shichida Methods...
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia
budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ...tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas- ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad...tu ...kelemahan sikit lah......... .
2. Start guna cards untuk ajar anak.Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat- cepat..macam. .a...b..c. .d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. .. potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu...... ..
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ..satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan
tak biasa merapu...... .
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-
lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.
Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam Rajib...he.. .he..
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks....tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Kisah seorang kanak2..

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati,terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia
berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.
katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik!
Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan,saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu
abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu.Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau
dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt
menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,siapa kita sebenarnya !!!

>>dipetik dari seorang teman....sebak, terharu,... betapa gigihnya dia mencari sesuap rezeki yang halal....tanpa berputus asa....mampukah kita sekuat dia.....? bersyukur dengan nikmat yang ada....

my little kids..farhan syahmi & firas syafi...

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker