Friday, January 30, 2009

Promosi..promosi...MAAJUN..


MAAJUN ANGGUN BISTARI
(Plus Family Planning)

Produk amalan tradisi keluarga sejak 25 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin mahupun wanita yang belum berkahwin.

Bagi mereka yang berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan mengamalkan Maajun Anggun Bistari ini, di mana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.

Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 25 tahun dahulu. Dahulu ianya hanya dijual dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual di mana-mana kedia ubat atau farmasi.

Bagi yang kurang selesa dengan family planning dengan kaedah moden spt pil2, injection dsbnyer tu, adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan bolehlah membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat MAB mengikut keutamaan:

1. Family Planning / menjarak kehamilan
2. Merawat keputihan yang teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabilkan hormon kewanitaan dlm badan.
6. Mencantikkan kulit.
7. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Mencantikkan & menegangkan payudara.
10. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
11. Menambah tenaga sepanjang hari.
12. Mengawal kolestrol dalam darah.
13. Menurun & mengawal berat badan.
14. Awet muda sokmo.

KANDUNGAN MAB:
1. Herba (kacip fatimah)
2. Rempah ratus.
3. Habatus sauda / jintan hitam.
4. Serapat.
5. Senduduk.
6. Inai.
7. Madu.

HARGA : RM 15.00 sebotol (21 biji untuk sebulan)

UTK TESTIMONI SILA KE http://majunanggunbistari.blogspot.com/

saje le promote...maklum ler sejak akhir2 ni mendapat suntikan semangat dan seterusnya ingin berkongsi rahsia warisan turun temurun ni...hehe ni ler rahsia saye, dah 2 thn saya bersama MAB ni...alhamdulillah bole lahhh....org kata, maintainnnnn gitu....

BERMINAT???

HUBUNGI SAYA DI TALIAN : 019-3563292 / 03-8926 4894

ATAU YM : syuhada03@yahoo.com

UNTUK NASIHAT DAN SEBARANG PERTANYAAN.....

Wednesday, January 28, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


sumber : http://mengapa-yahudi-bijak.blogspot.

perasan tak... padahal ni sume islam yg dah ajar dulu...cuma kita melayu ni je yg masih blom praktikkn lagi ..agaknya ini la hikmah yg Tuhan nk tunjuk moga semua umat sedar akan dimana mereka....

Wednesday, January 21, 2009

My dear hope n wish...

Semalam...sebaik saje sampai umah ngn hubby...mcm biasalah, dua2 abang dan adik akan meluru masuk dlm umah sambil jerit "mama....ayah"... act, diorg ni ptg2 mmg biasanya akn ikut jiran dpn umah balik dr sekolah/nursery dulu... dan selalunya bila dah masuk umah tu..samada terus main PS2 or main beskal dgn anak2 jiran tu... tapi ptg semalam dgn tiba2 dgn excitednyer farhan terus meluru ke arah aku n tya satu soalan cepu-gangsa kat aku " mama...boleh tak farhan nak baby boy macam hana?" then aku plak dgn spontannye sambil dok letak2 barang yg dibwk...cakap balik ...."farhan gi mintak ngn ayah"... dia pun berlari plak dptkan ayah..dgn excited nyer dia ckp "ayah, jom kita gi hospital nak amik baby boy...farhan nk baby boy ler..." kebetulan dia hari2 dok umah hana, jiran dpn umah..yg kebetulan jgk br dpt baby boy...agaknya, tah apa yg diorg ni borakkan sampai farhan nk jugak adik mcm hana tu..ntah ler.... n aku pun gelak ler sesorang kat dapur....
kkdg ntah apa yg bermain d fikiran kanak2 ni kita pun xbleh nk tafsir kan? apa yg diorg bayangkan..impikan.... mesti diorg igt senang je nk dapatkan sesuatu tu...itu le pemikiran depa...

So, this is the moment when farhan loves his adik..firas when he's 3months..

And now, this is my bravely, smartly young boys....dah besar pjg pun anak2 mama ni...tunggu la yer... insyaallah ada rezki nnt akn dpt jgk baby..tapi mama nk baby girl la pulak....

Monday, January 19, 2009

Jelmakanlah ayumu..

hmm arini xde isu..xde kena pun ngn tajuk arini yer... tgh pose ni... br ni dpt dgr lentera timur...haha br jer mendonlod tadi..ok naza, aku pun berjaya dengar dgn jayanya album ni.... mcm biasa ler...lagu dia xde la best mana pun...dlm full album yg kite suke cuma 3 lagu jer.. -dikayangankita, jelmakanlahayumu, n ditamanteman yg tgh hits tu.... yg lelain tu irama dia mcm x kena jer..yg joget tu bleh la sket2...kite ni x ler arif mengomen...tp rata2 ramai yg suke n ramai yg x suke...n what say you? -xpe xyah komen pun x pe..-

mcm biasa buat Fail lagik.. hope bleh siapkan due to statistik by this week ler...sbb lepaih ni nk cuti raye cina plak... plan bercuti nk cuti2 msia tu dah ada but just on public holiday je la...pegi dekat2 je..kena citer nnt la ni..apa2 pun simpan cuti yer..

last but not least, ptg weekend aritu gi Ikea..saje singgah sbb dah balik PJ kan.. sampai le malam..org mmg tgh ramai n pack ..happening sungguh ler..jln pun jem x hingat...nothing happen, cuma time dah nk balik tu pk punya pk nk mkn kat ane... plus suggestion dr farhan n firas...memula nk mkn nasi ayam ler..nasi lemak ayam bangi ler...last2 nyer nampak mcDs terus ajak mkn situ..aduhai...mmg x leh elak (sebenarnya bole je elak sgt)..so, gi jugak...punye la penuh parking mcD sebelah building ikea tu...tp bila tgk dlm, xramai plak...mungkin ramai yg dah start kempen boikot,n saje tumpang parking ...xpe la tu...ada la 2 3 couple n group n family..tp sket la sgt..masuk jgk le dah lapa...sampai je we all nyer set meals...tetiba rase tersentuh plak...aku ni makan utk israel ke...mkn tu mmg terigt kat kanak2 palestin...huh terkesan jgk... hope 4 d last ..kalu bleh elak, jgn mkn lagi...buat mcm taktik jiran depan umah..bila bdk2 mtk mcDs, nak lalu je dpn mcD tu suh diorg pejam mata...xpun kata lagi 15thn br kita makan k...

n alhamdulillah gencatan senjata kat sana dah pun dimulakan walaupun x sepenuhnya lagi depa berambus.....kita tunggu dan lihat d new obama leads yer..-peace4war-

Thursday, January 15, 2009

Farhan....harini...

Farhan malam tadi dok keluar kan his english book...Cikgu pesan suh buat kerja sekolah katanya....So, mama kat dapur ag time tuh..ayah ler jadi peneman Farhan siapkan kerja sekolah...Farhan kena completekan kaler Cab n Apple tu...dan patutnya kena tulis gak huruf 'C' n 'A' tapi dia refuse x moh tulis nk kaler je katanya...nnt cikgu marah, suh tulis kat sekolah jer...ok la farhan..ikut lerr nak buat apa...


But harini..pagi ni, bangun je subuh tadi...dia berbunyi2 dah...bila pegang badan dia...ooo demam rupanya anak mama ni...dia siap kata saya demam...x nak pegi sekolah.....
Ni tgh tido...shhh adik jgn kacau abang jgn bising tau....let him rest a while....sat gi kita bwk abg gi klinik ok....

Wednesday, January 14, 2009

Selamat Tahun Baru 2009...


Tahun 2008....semuanya kenangan terindah.....alhamdulillah..berkat doa semua...aku berjaya tempuhi dalam riang suka duka..dalam dugaan dalam cabaran....dalam kepayahan dalam kemanisan dan dalam kenangan....

Just concludes everything here in one long entry.....as a walk to remember...as a memory to be remains... in preparation to start a new long journey in 2009...dedicated to myself..dedicated to my frens....

Masih tak terlambat rasenye untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009 dan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1430 HIJRAH....

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia, SELAMATKAN PALESTIN...Amin.

Thursday, January 1, 2009

Fr Penang to KT.....

Lama x update... this is the one in d end of 2008 events....
Memula gi Penang for sesi percambahan fikiran-paten in other words Brainstorming ler...start fr 18 - 21...stay at Holiday Inn, Feringgi...very nice and beautiful place...sungguh nyaman...tenang.. sesegar bayu laut...so nih ler aktiviti2 yg sempat di snap n upload...huhu..


first 2 days mmg full ler ngn sesi percambahan fikiran dr pagi sampai ptg.. tp ok ler...xde la stress sgt...enjoy jugak prog nyer sbb hati bila dah ptg2 tu terigt kat laut dah ler...dapat pulak Prof yg sporting dan memahami...jadi ngam2 kul 5pm dah bleh ke laut dah...best jgk ler beriadah bersama akak...n geng2 sume.. hari pertama dapat naik banana-boat..2nd daynyer naik kuda plak...main ombak x hingatnye laa...sampai tenggelam timbul dek ombak dan angin yg kuat time tu.... apa2pun sume sporting ler....satu kepala je ngn kak azyani n kak pau esp... lepaih penat kat pantai..mlm tu plak ronda2 pasar malam.....cuci mata n shopping sket2 le....


Last day, ahad...dah free dah...so, pagi2 lagi dah keluar..lps bfast ada sesi tour the island..kira ada tourist guide le dok bawak kitorg gi jalan2 penang....act, dah byk kali sampai penang ni....tp ini ler first time didedahkan ngn sejarah n byk info2 fakta2 yg rasenya ramai yg blom tau pasal penang dan asal usul bangunan2 sekitarnya.....thanks to uncle conductor bas yg sudi berkongsi ceritera penang kat kami...hampir sume tpt yg dilalui ada je kesahnye....huhu....so, antara tpt yg kami singgah...masjid terapung, botanical garden, pusat kraf batik, d coffee house-ipoh kopi best in town...n chow rasta...lps tu terus chow balik hotel, check-out terus ke kl....

Sehari lps christmas aritu...pegi KT, spt yg diplan dah...memula opah le ajak ni, jln2 terengganu nk lepak umah ayahcho...last2nya dia x jadi, kitorg plak sefamily yg gi....dua kete ngn angah...belapan orang..


sampai aje umah ayahcho kat gong badak....terus go terjah keliling umah dia...rase mcm dok dlm zoo dah..penuh ngn haiwan2...ada angsa, turkey, ayam, burung mcm2 spesis burung ada...sume dia buat bisnes sket2...dah hobby..mcm tu ler....huh...hari pertama rehat2 dulu...

Esoknya mcm rombongan plak, pi melawat masjid kristal n monumen masji2 in Asia....taman tamadun islam...luas sgt tptnye...mmg abis satu hari ler kat situ...kira berbaloi ler rm10 sorang jln2 dlm tu..mmg byk blaja info ttg masjid n sejarah islam....bleh le rekomen gi sini....binaan masjid yg dibina mmg nampak real, cuma berskala kecik jer...kalu jd org KT, rasenya bleh la berbangga jgk ngn hasil islam hadari ni...hehe....ada gak pekdahnya kan....ckp kat mak...sampai jgk akhirnya kita ke mekah yer....puas le bergamba....


petang tu jejlan kat tepi laut china selatan...memula tu mmg gerun le tgk laut..lain mcm je memanggil2 nyer...ngn angin n ombak kuatnyee... farhan lak dah excited sgt nk mandi laut..tp xleh mmg bahaya...jenuh cari pot yg sesuai.. x jumpa2...last2 pot dekat org main layang2 kt kampung tu...perut pun lapa...lepak le kejap situ mkn apa yg ada bekal makcho bawak....so, farhan dapat main pasir pun jadi ler....mcm2 aksi dia....jenuh panggil naik balik....sonok sgt...lastnye ayahcho bwk pi makan ikang kat pantai Batu Rakit..makang ikang, sotong, pari fresh2....minum lak air jagung parut...ngn angin sepoi2 laut... mmg sonok ler...kalu korang gi sini, jgn lupa singgah makan ye....ptg2 tu mmg penuh gerai makcik tu....sambil menikmati pemandangan laut...sayang xde sunset yer...

Esoknya...plan nk gi pasar payang, shopping batik ler...hujan plak pepagi tu...dah janji tunggu ngn Siti ni....saje wat teman jejalan....penuh sesak pasar payang aritu....dok borong sutera plus yg org kirim..sampai le kul2...hehe sorry le kat abang n abah yg agak berjanggut tunggu kitorg pompuan2 ni yer...n x sangka jgk aritu...lps jumpa Siti...terus dia ajak gi umah dia....Siti ni....nk jugak kitorg singgah umah dia...siap masak nasi tau....byk lauk dia aritu...nyusahkan mak siti jer rase..hehe..tp tu le org ganu ni peramah n baik hati ler...jumpa terus ajak makan ke rumah...dah ler malam smlm kat batu rakit pun dok makan nasi umah org gak..ayhcho nyer family angkat...dpt mkn gulai kawah...thanks bbyk to Siti yer...bile plak nk sampai umah kita ye...

Isnin tu nk balik kl dah....hujan dr subuh sampai ke ptg aritu...sume pakat2 mcm nk gi tasik kenyir gak....dlm hujan2 tu kitorg teruskn perjalanan balik ikut kuala berang...dgn bantuan gps, dpt ikut short-cut....sejam sampai ler akhirnya ke tasik kenyir, tepat kul12pm...hujan x benti ag....seb baik xde banjir...dah sampai atas xkan nk turun dah....x puas lak rasenya x naik bot reki tasik tu..so, dlm hujan2 gerimis tu redah jgk ler tasik kenyir ni....walaupun xdpt nk view keseluruhan tasik...kabus tebal... tp satu g pengalaman terindah..sampai kat tgh2 tasik, kitorg dibawak melawat tpt kolam ikan....yg laki dpt merasa le bg ikan makan kat tgh2 tasik tu...siap farhan pun meniti kat kolam tu...lastnye kitorg pilih 3 ekor ikan, sekor ikan patin, nk bawak turun masak kat kedai....sje nk rase ikan fresh...cari punye cari kedai yg sanggup masak...at last jumpa la kedai kecik ni...sejam tunggu depa masak...perut dah lapa...sket demi sket nasi dlm pinggan kena mkn....lastnye dpt ler merasa ikan patin goreng berlada n talapia masak 3 rase...seb baik sedap...licin gak sbb masing2 dah lapa....dan kami teruskn perjalanan dlm 5.30 ler lps semayang2 sume....bergerak balik terus kl....end~

my little kids..farhan syahmi & firas syafi...

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker