Tuesday, June 23, 2009

Sepetang-petang...

on Last-last weekend ni...

menghabiskan masa petang melawat umah angah in-future... kat putra heights... x complete ag umahnya.. ok laa utk diorg lps kawin nnt...


the best thing is.. umah depa betul2 depan taman ni haa.. n parking lot mmg luas aa kat depan umah.. sbb dah hujung jalan dah.. 3 org lelaki2 ...sedang membicarakan ttg lanskap umah agaknye.. (thats my dad, my hb, n future bil)




virus.... virus.....H1N1


Sekolah ketiga ditutup kekang H1N1
Jun 23, 09 11:44am
Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

[Laporan penuh menyusul]



Ishh .. risaunye laaa.. virus ni makin hari makin meningkat.. skang ni byk sgt wabak, virus, bakteria menyerang segala umat.. apakah tandanya ini....!!!

Saya pun dah kena sakit2 tekak jer dlm seminggu ni... weekend aritu gi check ngn doc kat Az-Zahrah... byk kali gak doc tu tya ada demam ke sakit2 badan ke... so far mmg xde laa... badan rase sihat jer... tekak je yg problem.... selsema, kahak pun xde... so, doc assume is a bakteria not virus, kalu virus lagi teruk n lama... harini rase dah ok sket.. tekak dah boleh menelan ler.. my hubby pun baru je balik singapore.. mmg xde la tanda2 tu....in fact saya kena ni pun before dia gi spore ag... so, insyaallah la kan xde pape.. hehe.. nk gi cuti-cuti malaysia lagi ni start this weekend til august... risau di hati , kena pantau semua family nampaknye ni.. kena make sure my hb, my kids r in a good wellness...

>>ni ada source dr MOH, psl update wabak ni... scary jgk bila pk2...

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22 Jun 2009

Sehingga 22 Jun 2009 jam 09.00 pagi (dalam tempoh 24 jam lepas),
terdapat lima (5) kes Influenza A(H1N1) import baru, dan tiga (3)
jangkitan tempatan dikesan; menjadikan jumlah keseluruhan kes
Influenza A(H1N1) yang dikesan adalah sebanyak 58 kes iaitu 51 kes
import dan 7 kes jangkitan tempatan. Kesemua 5 kes import dan 3
jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia. Lima (5) kes import
adalah dari Australia (2), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1).

1. Kes ke 51 merupakan kanak-kanak perempuan warga Malaysia,
berumur 3 tahun, yang telah bercuti ke Melbourne, Australia dari
12 hingga 19 Jun 2009 bersama kedua ibubapa. Mereka balik ke
Malaysia pada 19 Jun 2009 dengan penerbangan MH148 (barisan
tempat duduk 12), tiba di KLIA pada 19 Jun 2009 jam 8.30 malam
tanpa sebarang simptom. Beliau telah dimasukkan ke Hospital
Sungai Buloh pada 20 Jun 2009 kerana mengalami demam dan
disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import. Dengan ini
penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di
antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih
lanjut.

2. Kes ke 52, seorang lelaki warga Malaysia berumur 35 tahun
merupakan seorang pramugara dengan Penerbangan Malaysia
(MAS). Beliau merupakan petugas di dalam penerbangan MH 1
Delta dari London ke KLIA dan sampai pada 18 Jun 2009 jam
4.30 pagi dan telah mengalami simptom bermula pada 19 Jun
2009 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 20 Jun
2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import.

3. Kes ke 53, seorang perempuan warga Malaysia berumur 37 telah
melancong ke Sydney, Australia bersama suami pada 4 hingga 16
Jun 2009. Beliau pulang melalui penerbangan MH 122 (tempat
duduk 32A) tiba di KLIA 16 Jun 2009 jam 8.30 malam. Beliau
mula sakit pada 19 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Kuala
Lumpur pada 20 Jun 2009. Beliau disahkan positif pada 21 Jun
2009 sebagai kes import. Dengan ini penumpang yang menaiki
penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 29 hingga 35
diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.

4. Kes ke 54, seorang perempuan warga Malaysia berumur 25 tahun
dan merupakan kontak kepada kes ke 48. Beliau mula mengalami
demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telah dimasukkan ke
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun 2009 dan
disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan kes
jangkitan tempatan ke 5.

5. Kes ke 55, seorang perempuan warganegara Malaysia berumur
18 tahun juga merupakan kontak kepada kes ke 48. Beliau
mengalami demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telah
dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun
2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan
kes jangkitan tempatan ke 6.

6. Kes ke 56, seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan
ahli perniagaan. Beliau telah ke Manila pada 11 hingga 15 Jun
2009 dan pulang melalui penerbangan MH 705 (barisan tempat
duduk 37) tiba di KLIA pada 15 Jun 2009 jam 4.50 petang. Beliau
mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada 16 Jun 2009
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 dan
disahkan positif pada hari yang sama. Dengan ini penumpang
yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris
34 hingga 40 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan
Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.

7. Kes ke 57, seorang lelaki warganegara Malaysia. Beliau telah
bercuti di Phuket, Thailand, bermula 16 – 21 Jun 2009 dan pulang
melalui penerbangan Air Asia AK 837 (tempat duduk 12A) tiba di
LCCT pada 21 Jun 2009. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai
Buloh pada 21 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009.
Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama
dan duduk di antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi
Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat
kesihatan lebih lanjut.

8. Kes ke 58, seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia
berumur 11 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 43.
Beliau adalah pelajar SRK Assunta 2 tetapi berlainan kelas
dengan kes ke 43. Beliau telah mula mengalami demam, batuk
dan sakit tekak mulai 21 Jun 2009, dimasukkan ke Hospital
Sungai Buloh dan disahkan positif pada 22 Jun 2009. Beliau
merupakan kes jangkitan tempatan ke 7. Sehubungan dengan
ini telah terdapat 2 kes positif di kalangan pelajar di sekolah
tersebut dan pihak Kementerian sedang mengambil langkah yang
sewajarnya.

Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala
Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula
masing-masing pada 21 Jun 2009 dan 22 Jun 2009. Sementara itu
bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK
Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya
dimana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing
bermula 22 Jun 2009. Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 27
Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas
juga diarah tutup sehingga 25 Jun 2009.

Sehubungan dengan ini, semua ibubapa kepada pelajar-pelajar sekolah
yang dinyatakan di atas diminta untuk memastikan anak-anak mereka
berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam. Manakala
ibubapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak dibawah
home qurantine boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Walau
bagaimana pun ibubapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan
positif hendaklah menjalani home quarantine seperti yang diarahkan
oleh pihak Kementerian. Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit
sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk,
sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di
hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan kesemua kontak
termasuk krew penerbangan dan penumpang MH122 yang mendarat di
KLIA pada 16 Jun 2009, MH1 Delta yang mendarat di KLIA pada 18 Jun
2009 jam 4.30 pagi, MH148 yang mendarat di KLIA pada 19 Jun 2009
jam 8.30 malam, MH705 yang mendarat di KLIA pada 15 Jun 2009 dan
AK837 yang mendarat pada 21 Jun 2009. Manakala itu, bagi bagi
pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat, diminta untuk
menghubungi pihak sekolah atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
untuk mendapat nasihat kesihatan dengan lebih lanjut.

Buat masa ini, sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan
positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di hospital iaitu Hospital
Sungai Buloh (22), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital
Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2), dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar (3). Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan
stabil.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sejumlah 80 notifikasi kes yang
menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara.
Sehingga 21 Jun 2009 jam 9.00 malam, jumlah terkumpul kes yang
disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A(H1N1) adalah sebanyak
1,320 kes di mana, 58 kes disahkan positif influenza A(H1N1), 1,258
disahkan negatif dan 4 masih menunggu keputusan.

Pada 21 Jun 2009 sehingga jam 9.00 mlm, seramai 69 orang
bagi kontak kes 16 dan kes 17 telah tamat home quarantine. Kontak
yang masih diletakkan di bawah home quarantine kini adalah seramai
378 orang, ini termasuk 143 kontak baru yang dikesan. Kesemua
mereka yang sedang menjalani kuarantin dalam keadaan stabil tanpa
simptom jangkitan influenza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa
sehingga 22 Jun 2009, jam 8 pagi, jumlah terkumpul kes influenza
A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 44,978 kes
dengan 181 kematian daripada 96 negara, iaitu pertambahan 243 kes.
Negara yang melaporkan pertambahan kes adalah Australia (53), China
– Tanah Besar (58), Hong Kong (65), Korea (15), Malaysia (7), New
Zealand (42) dan Vietnam (3).

Bagi mengesan kontak kepada kesemua kes positif, Kementerian
Kesihatan meminta kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada
kes terutama yang duduk di 3 barisan hadapan dan belakang serta
pelajar dari sekolah-sekolah yang terbabit untuk menghubungi Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui talian 03-88810200 atau
03-88810300 untuk membolehkan kami memberikan nasihat kesihatan
termasuk keperluan home quarantine.

Kepada pelajar Malaysia dan mereka yang baru kembali bercuti di
luar negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) adalah
diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan. Mereka yang
mula merasa kurang sihat atau ada tanda awal jangkitan seperti batuk
dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor
yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain
termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan bekerja di
pejabat. Langkah ini untuk mengelakkan penularan penyakit di sekolah
dan di tempat kerja yang boleh melibatkan penularan jangkitan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk
menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang dilanda wabak
kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara
yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan
Influenza A(H1N1), samada semasa berada di negara berkenaan atau
pun semasa berada di dalam pesawat. Ini bukan sahaja akan
menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain,
tetapi anda dan keluarga anda akan dikuarantin jika terbabit dengan kes
yang disahkan positif. Justeru itu, orang ramai adalah digesa sekali lagi
agar memberi kerjasama menangguhkan perjalanan ke negara-negara
yang dilanda wabak Influenza A(H1N1) buat masa ini, kecuali bagi
perjalanan yang perlu sahaja yang tidak boleh ditangguhkan.

Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti
perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat
yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web
Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman
KKM melalui media dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD. ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 22 Jun 2009

my little kids..farhan syahmi & firas syafi...

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker