Thursday, July 23, 2009

Cameron 2009 in cont..

Sambungan Part II...
Entry kali ni lebih detail dan mengakhiri our annual trip to Cameron story..

Selalunya dok area Brinchang..Dahlia Apartment or Rumah Persekutuan Kerajaan tu...Kali ni nk ubah angin menyewa kat area nk ke Tanah Rata, Desa Anthurium... nyaman, tenang dan cantik sungguh kawasan ni ..

Pagi-pagi lagi dah makan aiskrim bebudak ni.. huhh sejuknyeee...tapi mmg sedap tau aiskrim strawberi ni.. terasa betul rase manis buahnye.. nyum..nyum...

hehe.. mak budak pun sama.....pix with opismate hb and his wife... sis maria & bro faizal at Strawberry Farm..

Firas and Ayesha... wat video clip ye...like loving couple plak jadinye.. huhu..

the fat mommies...

adik ipar, Keni wt his wife Ija...pengantin baru ni...

had a coffee break at Boh Plantation Sungai Palas... blueberry tea & moist choc cake....nyumiee..

yang ni plak spt biasa once at night we had a steamboat for dinner..

on the last day trip, went to uphill.. the Cactus & Salad Farm..

had a fresh salad...nyum2 lagi..ala2 Keukenhof tak view dia... geram sgt tgk salad yg mekar gebu berkembang ni... beli la rm5 utk 3 kuntum salad... huh jenuh nk mkn...

Farhan.. time ni sporting sgt amik gamba.. dgn relahatinye..

on da way down the hill.. dia dah renovate jalan nk turun bukit ni.. mmg seram gak... cerun gile...
ok, next time will be back to here again... jumpa lagi dalam siri lawatan yang akan datang.. next is KK + LB plak... huhu....

Thursday, July 2, 2009

Our annual trip to Cameron


hehe... hi all,

xde tempat lain tiap2 tahun Cameron kan...hmm mmg ler dah jadi annual trip kitorg every year..ada setahun tu , thn lps ke.. rase dua kali naik dlm sethn.. tis time gi lagi...but of course every single trip must be a different... kali ni gi ngn opismate hubby.. sis maria, his hubby, adam n ayesha.. with paksu n maksu farhan... saje ajak depa ni baru kawin.. kira honeymoon pree la ni...

sesampai atas ptg, hujan selebat2nye... sejuk mmg x terkata ler... kali ni sbb dah byk kali pegi.. tp rasenye unwell prepared sbb sweater tebal x bwk, stokin x bwk, selipar jepun x bwk.. .sbb kat bawah kan musim panas..so dgn harapan panas le hingga ke ptg..then kali ni jgk, x byk sgt tpt kitorg dpt gi... mungkin sbb hujan satu, satu ag ..mmg niat nk lepak je..mengambil udara segar dan nyaman....jadinye pepagi mmg bgn lambat gile.. sampai2 pun dah ptg.. so. 1st day sempat gi pasar malam je... 2nd day baru round gi cameron valley/Bharat... tpt ni mmg cantik n satu2 kebun teh yg kita leh masuk explore kawasan dia...


ok.. farhan n adik muka blur.. x tau nk wat apa sebenarnya ni..dlm hati igt nk balikbilik cepat jer... nak main PS2 games....


lps tu pegi ladang teh lagi...kali ni kat Cameron boh plantation sungei Palas plak.. Farhan dah mengomel2 dah... apasal kita ni asyik2 pegi tpt ni je... tadi kan dah pegi....tpt daun jugak...sama, baik balik umah...aduiii... geram betul...bebudak kalu igt main berjalan pun dia x nak...
Possing di anjung seri... tpt ni kalu time kabus lalu mmg best ler.. angin plak sepoi2... but this time nk ujan agaknye... so, angin agak kencang ler...kabus dah berarak lalu kot..ntah kali berapa posing kat sini ntah...


to be cont...

Tuesday, June 23, 2009

Sepetang-petang...

on Last-last weekend ni...

menghabiskan masa petang melawat umah angah in-future... kat putra heights... x complete ag umahnya.. ok laa utk diorg lps kawin nnt...


the best thing is.. umah depa betul2 depan taman ni haa.. n parking lot mmg luas aa kat depan umah.. sbb dah hujung jalan dah.. 3 org lelaki2 ...sedang membicarakan ttg lanskap umah agaknye.. (thats my dad, my hb, n future bil)




virus.... virus.....H1N1


Sekolah ketiga ditutup kekang H1N1
Jun 23, 09 11:44am
Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

[Laporan penuh menyusul]



Ishh .. risaunye laaa.. virus ni makin hari makin meningkat.. skang ni byk sgt wabak, virus, bakteria menyerang segala umat.. apakah tandanya ini....!!!

Saya pun dah kena sakit2 tekak jer dlm seminggu ni... weekend aritu gi check ngn doc kat Az-Zahrah... byk kali gak doc tu tya ada demam ke sakit2 badan ke... so far mmg xde laa... badan rase sihat jer... tekak je yg problem.... selsema, kahak pun xde... so, doc assume is a bakteria not virus, kalu virus lagi teruk n lama... harini rase dah ok sket.. tekak dah boleh menelan ler.. my hubby pun baru je balik singapore.. mmg xde la tanda2 tu....in fact saya kena ni pun before dia gi spore ag... so, insyaallah la kan xde pape.. hehe.. nk gi cuti-cuti malaysia lagi ni start this weekend til august... risau di hati , kena pantau semua family nampaknye ni.. kena make sure my hb, my kids r in a good wellness...

>>ni ada source dr MOH, psl update wabak ni... scary jgk bila pk2...

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

22 Jun 2009

Sehingga 22 Jun 2009 jam 09.00 pagi (dalam tempoh 24 jam lepas),
terdapat lima (5) kes Influenza A(H1N1) import baru, dan tiga (3)
jangkitan tempatan dikesan; menjadikan jumlah keseluruhan kes
Influenza A(H1N1) yang dikesan adalah sebanyak 58 kes iaitu 51 kes
import dan 7 kes jangkitan tempatan. Kesemua 5 kes import dan 3
jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia. Lima (5) kes import
adalah dari Australia (2), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1).

1. Kes ke 51 merupakan kanak-kanak perempuan warga Malaysia,
berumur 3 tahun, yang telah bercuti ke Melbourne, Australia dari
12 hingga 19 Jun 2009 bersama kedua ibubapa. Mereka balik ke
Malaysia pada 19 Jun 2009 dengan penerbangan MH148 (barisan
tempat duduk 12), tiba di KLIA pada 19 Jun 2009 jam 8.30 malam
tanpa sebarang simptom. Beliau telah dimasukkan ke Hospital
Sungai Buloh pada 20 Jun 2009 kerana mengalami demam dan
disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import. Dengan ini
penumpang yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di
antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih
lanjut.

2. Kes ke 52, seorang lelaki warga Malaysia berumur 35 tahun
merupakan seorang pramugara dengan Penerbangan Malaysia
(MAS). Beliau merupakan petugas di dalam penerbangan MH 1
Delta dari London ke KLIA dan sampai pada 18 Jun 2009 jam
4.30 pagi dan telah mengalami simptom bermula pada 19 Jun
2009 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 20 Jun
2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009 sebagai kes import.

3. Kes ke 53, seorang perempuan warga Malaysia berumur 37 telah
melancong ke Sydney, Australia bersama suami pada 4 hingga 16
Jun 2009. Beliau pulang melalui penerbangan MH 122 (tempat
duduk 32A) tiba di KLIA 16 Jun 2009 jam 8.30 malam. Beliau
mula sakit pada 19 Jun 2009 dan dimasukkan ke Hospital Kuala
Lumpur pada 20 Jun 2009. Beliau disahkan positif pada 21 Jun
2009 sebagai kes import. Dengan ini penumpang yang menaiki
penerbangan yang sama dan duduk di antara baris 29 hingga 35
diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.

4. Kes ke 54, seorang perempuan warga Malaysia berumur 25 tahun
dan merupakan kontak kepada kes ke 48. Beliau mula mengalami
demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telah dimasukkan ke
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun 2009 dan
disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan kes
jangkitan tempatan ke 5.

5. Kes ke 55, seorang perempuan warganegara Malaysia berumur
18 tahun juga merupakan kontak kepada kes ke 48. Beliau
mengalami demam dan batuk pada 19 Jun 2009 dan telah
dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, pada 20 Jun
2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009. Beliau merupakan
kes jangkitan tempatan ke 6.

6. Kes ke 56, seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan
ahli perniagaan. Beliau telah ke Manila pada 11 hingga 15 Jun
2009 dan pulang melalui penerbangan MH 705 (barisan tempat
duduk 37) tiba di KLIA pada 15 Jun 2009 jam 4.50 petang. Beliau
mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada 16 Jun 2009
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun 2009 dan
disahkan positif pada hari yang sama. Dengan ini penumpang
yang menaiki penerbangan yang sama dan duduk di antara baris
34 hingga 40 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan
Daerah terdekat bagi mendapat nasihat kesihatan lebih lanjut.

7. Kes ke 57, seorang lelaki warganegara Malaysia. Beliau telah
bercuti di Phuket, Thailand, bermula 16 – 21 Jun 2009 dan pulang
melalui penerbangan Air Asia AK 837 (tempat duduk 12A) tiba di
LCCT pada 21 Jun 2009. Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai
Buloh pada 21 Jun 2009 dan disahkan positif pada 21 Jun 2009.
Dengan ini penumpang yang menaiki penerbangan yang sama
dan duduk di antara baris 9 hingga 15 diminta untuk menghubungi
Pejabat Kesihatan Daerah terdekat bagi mendapat nasihat
kesihatan lebih lanjut.

8. Kes ke 58, seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia
berumur 11 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 43.
Beliau adalah pelajar SRK Assunta 2 tetapi berlainan kelas
dengan kes ke 43. Beliau telah mula mengalami demam, batuk
dan sakit tekak mulai 21 Jun 2009, dimasukkan ke Hospital
Sungai Buloh dan disahkan positif pada 22 Jun 2009. Beliau
merupakan kes jangkitan tempatan ke 7. Sehubungan dengan
ini telah terdapat 2 kes positif di kalangan pelajar di sekolah
tersebut dan pihak Kementerian sedang mengambil langkah yang
sewajarnya.

Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala
Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula
masing-masing pada 21 Jun 2009 dan 22 Jun 2009. Sementara itu
bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK
Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya
dimana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing
bermula 22 Jun 2009. Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 27
Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas
juga diarah tutup sehingga 25 Jun 2009.

Sehubungan dengan ini, semua ibubapa kepada pelajar-pelajar sekolah
yang dinyatakan di atas diminta untuk memastikan anak-anak mereka
berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam. Manakala
ibubapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak dibawah
home qurantine boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Walau
bagaimana pun ibubapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan
positif hendaklah menjalani home quarantine seperti yang diarahkan
oleh pihak Kementerian. Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit
sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk,
sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di
hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan kesemua kontak
termasuk krew penerbangan dan penumpang MH122 yang mendarat di
KLIA pada 16 Jun 2009, MH1 Delta yang mendarat di KLIA pada 18 Jun
2009 jam 4.30 pagi, MH148 yang mendarat di KLIA pada 19 Jun 2009
jam 8.30 malam, MH705 yang mendarat di KLIA pada 15 Jun 2009 dan
AK837 yang mendarat pada 21 Jun 2009. Manakala itu, bagi bagi
pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat, diminta untuk
menghubungi pihak sekolah atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
untuk mendapat nasihat kesihatan dengan lebih lanjut.

Buat masa ini, sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan
positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di hospital iaitu Hospital
Sungai Buloh (22), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital
Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2), dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor
Setar (3). Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan
stabil.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sejumlah 80 notifikasi kes yang
menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara.
Sehingga 21 Jun 2009 jam 9.00 malam, jumlah terkumpul kes yang
disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A(H1N1) adalah sebanyak
1,320 kes di mana, 58 kes disahkan positif influenza A(H1N1), 1,258
disahkan negatif dan 4 masih menunggu keputusan.

Pada 21 Jun 2009 sehingga jam 9.00 mlm, seramai 69 orang
bagi kontak kes 16 dan kes 17 telah tamat home quarantine. Kontak
yang masih diletakkan di bawah home quarantine kini adalah seramai
378 orang, ini termasuk 143 kontak baru yang dikesan. Kesemua
mereka yang sedang menjalani kuarantin dalam keadaan stabil tanpa
simptom jangkitan influenza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa
sehingga 22 Jun 2009, jam 8 pagi, jumlah terkumpul kes influenza
A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 44,978 kes
dengan 181 kematian daripada 96 negara, iaitu pertambahan 243 kes.
Negara yang melaporkan pertambahan kes adalah Australia (53), China
– Tanah Besar (58), Hong Kong (65), Korea (15), Malaysia (7), New
Zealand (42) dan Vietnam (3).

Bagi mengesan kontak kepada kesemua kes positif, Kementerian
Kesihatan meminta kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada
kes terutama yang duduk di 3 barisan hadapan dan belakang serta
pelajar dari sekolah-sekolah yang terbabit untuk menghubungi Pejabat
Kesihatan Daerah terdekat atau KKM melalui talian 03-88810200 atau
03-88810300 untuk membolehkan kami memberikan nasihat kesihatan
termasuk keperluan home quarantine.

Kepada pelajar Malaysia dan mereka yang baru kembali bercuti di
luar negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1) adalah
diminta untuk sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan. Mereka yang
mula merasa kurang sihat atau ada tanda awal jangkitan seperti batuk
dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor
yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain
termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan bekerja di
pejabat. Langkah ini untuk mengelakkan penularan penyakit di sekolah
dan di tempat kerja yang boleh melibatkan penularan jangkitan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk
menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang dilanda wabak
kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara
yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan
Influenza A(H1N1), samada semasa berada di negara berkenaan atau
pun semasa berada di dalam pesawat. Ini bukan sahaja akan
menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain,
tetapi anda dan keluarga anda akan dikuarantin jika terbabit dengan kes
yang disahkan positif. Justeru itu, orang ramai adalah digesa sekali lagi
agar memberi kerjasama menangguhkan perjalanan ke negara-negara
yang dilanda wabak Influenza A(H1N1) buat masa ini, kecuali bagi
perjalanan yang perlu sahaja yang tidak boleh ditangguhkan.

Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti
perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat
yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web
Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan pengumuman
KKM melalui media dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD. ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 22 Jun 2009

Saturday, May 30, 2009

I is working...hard hard working... :P


and... guess what .. em now.. pulun for finishing all assignments b4 d exam day...

very hope for a miracle....must do the best for this coming final....on next weekend.. wish me luck ...

Tuesday, May 19, 2009

Angah tunang..n Emal wedding..

Ni angah, satu-satunya adik perempuan aku in my family.. akhirnya selamat ditunangkan dgn pilihan hati pada Sabtu 25 April yang lalu.... semoga ikatan yg diikat berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia meniti hari2 mendatang....

tinggi x my sister?? in fact dia di atr yg tinggi among my family members.. abah pun kalah... and in fact jgk, im the one yg plg comei skali dlm family... hahaha... ada la geng ngn my mum ...


4 of us...

2 org budak nakal....!

Happy Mother's Day..

Happy Mother's day to all mums...esp my mummy, my mil, my frens, n to me myself as a mother.....the best mum in d world...

Monday, May 4, 2009

Sports Day Tadika Ceria Bestari...

Habis je IP Day, Sabtu tu ada sukan Farhan..di Padang UKM... mmg meriah sbb melibatkan 9 buah sekolah dr tadika cawangan2 lain sekitar Selangor.. ni sekolah Farhannya big day laa... so, pepagi lagi dah kejutkn diorg bgn nk pegi sukan.. memula Farhan confius sgt.. sbb dia mmg igt cuti dah dan nk balik umah opah dia...nangis2 la pagi tu x nak siap...puas pujuk dia.. at last dgn bad moodnyer dia bersiap jgk.. without having bfast pun..

sebaik sampai.. dia ckp dah lapar.. seb baik ada jual2an sket2 kat situ..dpt ler sebungkus nasi lemak.. lega betul dia nk mkn.. risau xde tenaga plak dia nk bersukan...mcm le nk lari 100m... hehe...
aksi2 farhan n kwn baik dia.. hana n haris... kkdg dia buat muka blur pepagi...puas cikgu n mama bg direction..dia buat dek jer... geram betul... yg si Hana... she s lead the marching arituh... sweet girl... dia jgk lead nyanyi lagu Negaraku kat dpn... wakil murid ni..


dah dalam barisan..

time ni bebudak ni kena senamrobik dulu... lagu Noraniza Idris.. patut le Farhan dok praktis kat umah....

hmm xde plak ms Farhan lumba lari pakai selipar besar ... asyik dok rakam video je sampai lupa nk amik gamba... ms tu dia menang dah pasukan dia Juara...but then, bila announce keseluruhan dpt nom 2 sbb ikut jumlah semua sekolah..hii x aci betul... penat dia lari.. bergamba la ngn mama...

posing lepas dah menang hadiah la ni...at lastnyerr Haris yg dpt gold medal...padahal team dia dah kalah dah... sbb kira mata ikut rumah la tu...hmm bebudak..bkn tau pun.. yg penting diorg seronok n very enjoy d day... Firas pun selit2 bg sokongan kat abang dia... :)

Sunday, May 3, 2009

Event of the year....at HHIN'09

Lamanyee x update... byk event nk citer nih... dah penat bertungkus lumus, tibalah pd hari yang dinantikan... its our event.. Hari Harta Intelek Negara '09...so, ni atr pic yg sempat disnap yer... on that event..

First skali.. on 23rd tu.. ada launching sempena Anugerah HIN '09...
Barisan AJK Anugerah HIN'09.. "amboi merah ang ang... gadis pemberi hadiah..hehehe" :P ni posing siap2 di atas hasil usaha kitorg dr mendpt pencalonan, mengira undi, hinggalah menempah piala yg julung2kalinya utk piala pusingan AHIN ni... dan tinggal nk hand-over pd pemenang je sat ag..

ok now.. dah bleh bergumbira.. selesai dah sudah tugas kami... gi lepak ngn Upin Ipin...

Dengan Upin..hepinyee,..

Dan malam esoknye plak.. ada dinner sempena HHIN ni..

kenangan dgn kak Asfa...

Posing sket before balik...

and... just to add one of d food here.. yg bertemakan ala-ala Traditional Knowledge dan GI.....merasalah masakan tradisi satu2 kaum kat Msia ni..sbg cth, ni haa umai ikan tenggiri dan sebelahnyer x igt dah nama apa mknnn ni.. tp overall ok la... ikut tema HHIN thn ni...ada beras bario, sarawak pepper, kopi tenom, sabah tea, dll..

Wednesday, April 1, 2009

BZ BZ BZ...not zzz..

Bz sungguh lately....

being one of the committee of Intellectual Property Day'09, feel like run off my feet.. me extremely bz 24 hours......

at the same time to complete my task as a student... assignments for every week...yet to present it every weekend...

huhuhuhuhu..... lalalalalala... help!!! help!! ni blom masuk ag..ngn wedding / engagement of my bro or sister or my cousins...

:D piece--- cool to the core.. like pia... hehe

p/s: to my fren, Naza... ko nyer patent application msk pertandingan for Anugerah harta intelek yer... aku tgh check..nk filter ko nyerr... :)



....and not even to touch my beloved work's files..

my little kids..farhan syahmi & firas syafi...

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker