Tuesday, June 26, 2007

satu kurnia...

Terlukis hakikat insani Dari cinta lautan jiwa Satu pengzahiran rasa jelas di mata Satu lakunan di pentas dunia Ini kisah yang tidak berbingkai Dan bahasa yang ternilai Kita renangi bersama lautan nikmat Sampai ke pulau segala keramat Ayuhlah kita pulang Dendangkan lagu kasih sayang Hilangkan keraguan terangkan kegelapan Apa yang ada di langit dan bumi Adalah satu curahan cinta kita tak terperi Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan Menjamah kebahagian Dan berterima kasih atas kurnia Yang tak terhingga.......

Genap setahun Firas Syafi...



Muhammad Firas Syafi,

Hari ini 25 June 2007....genap setahun umur Firas....buah hati mama.......setahun juga lah...kasih sayang yg mama curahkan.... insyaallah doakan mama moga dapat meneruskan kasih sayang ini sampai bila bila....moga cepat besar....jadi anak yg soleh....cerdik sptmana maksudnya 'Firas' dan sentiasa membahagiakan.....
Happy birthday, Firas! Believe it or not, your first year is over. The boot camp of babyhood is behind you. Hold on for the toddler years!
WE ARE ALWAYS LOVE YOU...

~from mama, ayah, & abglong farhan..

Monday, June 18, 2007

my day....


assalamualaikum....

today noon.., i gonna go to fetch my beloved hb...he just finished a week training at beaverton, oregon...huh..... seminggu kurasakan...lamanye nk berlalu....tapi penantian ni akn terubat seketika cuma...sbb ptg ni plak...dia kena berangkat ke s'pore for another exhibition i guess, again...for a week we're gonna miss him......xpe laa inila dinamakan pengorbanan kan....we r always support u for whatever u did...bcoz we know everything u did, u do it for me....hope u success forever...

Wednesday, June 6, 2007

Pernikahan / Perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ..

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ....
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya..
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

our first tour to new home..















Aksi aksi yang sempat dirakam masa melawat umah baru....hehe....budak2 la yg paling suka sekali....mak budak pun iye...:P ....























.....teka sapa tangkap gambo ni....farhan si'cameraman'..dia kalau dah pegang camera tuh....abih sume nak di snap nyer....kena gaya lak tuh...center jer dia tangkap..amacam...boleh la lps ni harap kat dia je laa....

Shichida Methods...

Shichida Methods...
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia
budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ...tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas- ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad...tu ...kelemahan sikit lah......... .
2. Start guna cards untuk ajar anak.Aku ajar nana ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat- cepat..macam. .a...b..c. .d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. .. potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu...... ..
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ..satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan
tak biasa merapu...... .
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-
lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.
Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam Rajib...he.. .he..
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks....tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Kisah seorang kanak2..

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati,terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia
berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.
katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik!
Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan,saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu
abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu.Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau
dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt
menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,siapa kita sebenarnya !!!

>>dipetik dari seorang teman....sebak, terharu,... betapa gigihnya dia mencari sesuap rezeki yang halal....tanpa berputus asa....mampukah kita sekuat dia.....? bersyukur dengan nikmat yang ada....

Thursday, May 24, 2007

Dediacted to Jah...persis mutiara....~




Dedicated to Cik Jah.....moga seronok di tempat baru.....jgn lupa kami di tempat lama...:)

Biar kau tunduk bisu
Aku tahu
Gelora hatimu
Engkau mahu
Aku lafazkan rindu

Biar kau hanya diam
Aku selam
Jiwamu terdalam
Perasaan cintamu yang kau pendam

Kata paling terindah
Tak mungkin bisa ucapkan
Hakikat rasa yang ku rasakan

Pabila ku renung ke matamu
Terlihat ku hatimu kasih
Persis mutiara

Sinarmu mendamaikan
Pergolakan
Insan yang lelah mengembara

Tak terbilang kesan-kesan luka
Titis hujan airmata
Tenang sebentar pedih semula

Buatku rasa gentar
Membisikkan hasrat hati sebenar
Sekalipun engkau inginku lamar
Kasihku

Hilang sorang lagi teman seopisku...xde aa nak compare2 lagi lps nih....berat kurus tinggi ke....satu lagi putih ya mulus ke....hehe....
Ok laa nanti kawin jgn lupa jemput..kalu ada kosong kat ericsson tuh jgn lupa war2 kan kat kami yg tinggal....doakan kami absorb dan naik gaji cpt yer...harhar....iyo la ....



Ayam Crunz Berempah Ala ala SYUD


haaa utk sesaper yg malas masak mcm saya ni, so ni ada satu resipi simple je nak buat, ala ala chef wan laa ni...

Resipi Ayam Crunz Berempah Ala ala SYUD...:

Bahan2nya:

Ayam dipotong kecil kecil.. (satu bahagian ayam)
Perap bersama garam, kunyit, bawang putih dan halia yg ditumbuk.

Bahan2 utk ditumis:-
2 ulas Bawang putih, merah.-dihiris
1cm halia-dihiris
Sebatang serai-dihiris
Kulit kayu manis
Sedikit sos tiram
1 sudu rempah kari ayam
2 Batang daun kari

Cili merah, hijau--dihiris
Sedikit carrot, brokoli, tomato
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit air (setengah cawan la lebih kurang)

Cara-caranya:-
Gaul ayam dengan kunyit, garam, halia dan seulas bwg putih yg ditumbuk...campur sedikit serbuk rempah dan perapkan dlm 5 minit....Panaskan kuali utk menggoreng....salutkan ayam dgn tepung, dan goreng la sehingga garing..

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bahan2 yang nak ditumis sehinggga garing. Baru masukkan sayur, cili, pati ayam dan sedikit air....lastly, masukkan ayam yg dah digoreng tadi...

Dah siap!!! Cuba lah~

di saat firas melangkah


saat saat firas mula melangkah.....waa...smlm masa amik dia kat umah mak.....mak kata dia x nak tido pun seharian tuh, sbb nak practise jalan.....huhu.....iyo iyo je... tapi mmg skang dia tgh gian nk berjalan....tapi x berapa stable laa....esok genap la firas 11 bulan....

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari IBU..

Assalamualaikum semua,

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu sedunia....but specially wish to my mom....thanks for everything....terima kasih kerana melahirkan saya...mengasuh mendidik membelai....bersabar dengan kerenah anak mak yg sorang ni....sehingga berjaya ke menara gading dan sekarang berjaya pula bergelar seorang isteri dan ibu....betul lah kata orang tuh..begitu besarnya pengorbanan ibu dr sebelum melahirkan hinggalah sebelum mata terpejam....sbbnya....aku sendiri mengalaminya... suatu rasa yg sukar nak digambarkan betapa bersyukurnya hidup tatkala bergelar seorang ibu....masa first dpt tau tuh...pernah terdetik jgk layak ke, mampu ke aku jadi ibu yang terbaik pada zuriat ku....dan sekarang hampir 3 tahun dah berlalu....x sangka jugak aku berjaya mengharungnya....melahirkan my two kids farhan and firas....dan hari ni setiap hari aku dpt tgk diorg membesar dpn mata...segala kerenah ada masa nak tergelak ada masa pulak nak marah pun ada.....ermmm apatah lagi mmg sekarang masa 'nakal' diorg esp si abg...farhan, tgh bersemangat nak mencuba segala apa yg terlintas dek akalnya...mmg menuntut kesabaran kkdg tuh....bkn la nk merungut ke apa pulak...sekadar luahan indahnya menjadi seorang ibu....insyaallah moga aku sentiasa diberikan kekuatan, kesabaran, ketabahan untuk terus menyemai kasih sayang pada permata hati bonda nih.....my lovely thanks to my hubby too for being such a good 'ayah' to my kids..
KASIH IBU TIADA GANTINYA......

suka tgk wardina.....with her kids.....azamnya spy Amna dapat membaca sebelum masuk 4 thn dah pun tercapai....erm...aku?? boleh ke agaknya dgn farhan ni....baru2 ni....dah start ajar dia mengaji...(1,2,3 and one two three dah lancar dah....) so masa first time mengaji (lps maghrib la ni) ok la mau la ikut...yg hafal first 3 jer.....masuk ari yg kedua....konon dah terror aa baca....sampai huruf 'ta' terus dia jerit kata 'salah laa....' ini 'sa...' eh eh....ni sapa yg ajar sapa ni....ermm tu la dia bebudak skang....langsung kitorg gelak x jadi nk samb dah...sbb lps tuh dia plak yg sibuk dok ajar n tunjuk kat mama n ayah dia ni...mmm...

Tuesday, May 8, 2007

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan
terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan
hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan
hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan
tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa
denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan
padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar
sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan
terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon
kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan
sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya
diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendunghajat hati sihamba itu.
Wassalam

Wednesday, April 18, 2007

Selamat Pengantin Baru..teman...



"SELAMAT PENGANTIN BARU" ...Dilla ^ Isyrul... moga kekal bahgia ke akhir hayat....

Dilla, my ex-compound mate at maresma Quantan... akhirnya selamat diiajbkabulkan dgn pilihan hati....lama tuh bercinta 7 thn....senyap2 je tup tup dpt invitation....so mlm tu jumpa balik le our ex-compound mate 'Bettlegeux'-Ijah & Zana....dah besar dah korang yer...bape thn kita xjumpa..last form5 dulu je laa....so, x sabar nk tunggu turn korang plak....jauh gak diorg ni sorang JB..sorang Indon....




Yang ni plak..kenduri SU...my opis mate MYIPO....dah dpt title Puan skang yer Pn Suri..sama laa..moga selamat berbahagia dunia akhirat...dikurnia zuriat soleh solehah..tabah dlm melayari bahtera hidup berumahtangga...

isk..isk...xsempat nk bergamba ngn sume opismate...farhan la ni...sibuk nk jadi photographer jugak...org nk amik gamba dia pun nk amik gamba org..mcm le reti sgt...dah tuh boring dok lelama...last2 pujuk ajak g Giant...tu yg balik awai aritu...

apa2 pun congrats..tahniah buat sume yg selamat kawin....yg bakal kawin...yg bakal menimang cahya mata...lps ni kuar le berita kisah2 baby ke pulak...

bleh le join d'club....hehe...

Friday, March 30, 2007

the COPA CABANA...

Bahang explorasi myipo baru jer berlalu.....act kitorg ni masuk saje2 je utk memeriahkan lagi majlis..tapi x sangka pulak..menang besar aritu....tanggal 24 mac kami berlima dgn semangat juang yang tingginya berjaya la jugak merentasi seribu satu halangan...huh...agaknya nasib menyebelahi kitorg kot arituh....tapi mmg berjuang habis habisan lah...rasa nk tercabut dah kaki nih...start dgn a week before, sibuk dok cari nama kump..tetiba je wateq dpt idea.."COPA CABANA" (mungkin tuah nama ni kot)..thanks kat wateq..

nk dijadikan citer..bermulalah perjuangan kami berlima...our chief; Pia....and us; syud, ina, jah and shima...starting yang cemerlang...kira we all lead the top5 ler for the first check point...tiba di check point kedua...kat masjid india...berpusing gak ler cari clue...then, siap sume..nk cari ending point lak x jumpa..adus tension dah sume nih...abih sume lorong kat masjid india tuh kitorg jejak..x nampak bayang langsung!! sudahnya almost 1 hour kat situ jer..At last..jumpa gak, sakit hati betul rupanya just dekat2 starting point tadi jer...huh..xpe la semangat ada lagi nih...apa lagi...dah geram punye pasal...ina macam nk telan sume je peria tuh....terror gak dia beriya2 kupas bg abih..so cpt jer kitorg pintas whatever team yg ada kat situ terus ke next c.point, alpha angle...

so, on d way..dpt ler take-5 barang 10 minit kot dlm putra tuh...mmg nasib kami la kot...task kat sana pun kitorg x ambil masa lama..mmg cari2 terus je dapat..hasil kebijaksanaan dan komitmen our team lead the games...finished the jigsaw puzzle..find the clues...masa ni dah almost 12...kat sini kitorg bersaing ngn team faizul...mmg geram jer tgk diorg..naik train diorg ada...nk balik pun ada gak...apa lagi dgn semangat jati diri yg berbaki nih..chewahh...i dgn jah lead dulu..konon nak beat diorg ler..sampai jer kat CM...tgk2 sume kat blakang lagi...just me and faizul jer yg konvoi masuk dlm CM...sempat dia ckp "chaiyok chaiyok..mana yg lain"...sampai jer CM dah x peduli dah....terus ke information kaunter..tya sume soklan kat minah india yg baik hati tuh....complete the tasks...so...rasa dah xnak tunggu dah...thats our last task...pecut seribu ke garisan penamat....huh...hilang rasa penat lelah..yes!! we are team no.5...at least top 5 ler....

dah abih rehat , mkn sume..tiba time nk announce result....dr tempat ke-8 sampai ler tempat ke-3...eh mana copa nih..xkan x menang kot..rasanye dah betul sume soklan kita jawab...team tempat ke-3..ada satu salah...hish..xkan lahh...ok la ina sedapkan hati..kalau x tpt ke-2 juara la kot...tup tup...tempat kedua...dgn masa tiba 12.45pm.....kumpulan COPA CABANA~~ apa lagi serentak menjerit sume...x igt org dah..sonok punye pasal...alhamdulillah....thats our team d'COPAS.....congrat la sume...thn dpn kita join lagi....tabik spring aa kat sume...bangga kejap patent contract nih ..huhu.....

Tuesday, March 27, 2007

My dearie.....

today..i just started again....after few years... few moments...

hehe..lama sungguh dah tak berkarya nih...bukan nk jadi karyawan pun..cepat je masa berlalu...
wanna know me...? erm.. im big already tapi tak tinggi2 dah....happy ever after with my beloved hb n my two kids..farhan & firas...

so, lps ni leh aa update mana yang patut, khas buat tatapan kawan-kawan ku yang disayangi...sambil2 recall balik masa yang berlalu..mana tau yang baik tuh bleh jadi teladan..yang buruk jadi sempadan...tak gitu..

ok see u guys..

my little kids..farhan syahmi & firas syafi...

Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Lilypie 3rd Birthday PicLilypie 3rd Birthday Ticker